Bajet PBB untuk tahun 2020 diluluskan

Bajet PBB untuk tahun 2020 diluluskan

NEW YORK,. Perhimpunan Agung pada Jumaat meluluskan bajet tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertama kali dalam tempoh 45 tahun, lapor agensi berita Xinhua.

Bajet untuk 2020 ialah US$3.074 bilion berbanding US$2.849 bilion pada 2019.

Sejak 1974, bajet PBB dibuat setiap dua tahun.

Bajet itu merangkumi pelbagai aktiviti PBB termasuk hal ehwal politik, undang-undang dan keadilan antarabangsa, kerjasama serantau untuk pembangunan, hak asasi manusia dan hal ehwal kemanusiaan dan maklumat awam.

Badan dunia itu mempunyai bajet berasingan untuk operasi pengamannya. Bajet pengaman sebanyak US$6.51 bilion untuk tahun fiskal berakhir 30 Jun 2020.

Belanjawan itu untuk tempoh setahun.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This