Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

HomeBerita SemasaBusiness

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kalangan kaunter berkaitan indeks utama, m

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka bercampur – campur Pada pagi ini
GEMPA BUMI SEDERHANA LANDA PAPUA BARAT

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam kalangan kaunter berkaitan indeks utama, meskipun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.25 mata atau 0.19 peratus kepada 1,686.46 berbanding 1,689.71 pada Khamis, selepas dibuka rendah 0.64 mata kepada 1,689.07.

Pasaran secara keseluruhan bagaimanapun kekal positif dengan 188 kaunter untung mengatasi 171 kaunter rugi, manakala 323 kaunter tidak berubah, 2,050 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 254.02 juta saham bernilai RM204.25 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi didorong oleh optimisme terhadap potensi penyelesaian konflik di Asia Barat susulan gencatan senjata selama 10 hari.

“Namun demikian, harga minyak mentah meningkat dengan minyak mentah Brent hampir kepada paras AS$100 setong sekali lagi.

“Di Asia, sentimen adalah lebih baik berikutan ketegangan yang mereda di Asia Barat, dengan potensi rundingan gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran meningkatkan kebanyakan pasaran serantau,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Beliau berkata minat belian dijangka muncul, dengan indeks diunjurkan diniagakan dalam julat 1,685 hingga 1,700 mata selepas FBM KLCI ditutup hampir kepada paras 1,690 pada Khamis.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.67, CIMB meningkat dua sen kepada RM7.47, Tenaga Nasional turun lapan sen kepada RM14.14, IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM8.67, manakala Maybank tidak berubah pada RM11.06.

Dalam senarai saham paling aktif, Empire Premium Food yang baru disenaraikan di Pasaran Utama naik 32 sen kepada RM1.02, Toyo Ventures meningkat tiga sen kepada 26.5 sen, Zetrix AI susut dua sen kepada 80.5 sen, Golden Destinations merosot 2.5 sen kepada 37.5 sen, manakala Velesto Energy tidak berubah pada 34 sen.

Bagi kaunter paling untung, Hong Leong Financial Group melonjak 30 sen kepada RM19.00, Fraser & Neave meningkat 28 sen kepada RM30.96, Nestle menambah 12 sen kepada RM99.14, ITMax System naik 10 sen kepada RM4.99 dan Infomina bertambah tujuh sen kepada RM1.22.

Sementara itu, kaunter paling rugi termasuk Malaysian Pacific Industries yang susut 36 sen kepada RM33.62, Dutch Lady Milk Industries turun 20 sen kepada RM32.00, Petronas Gas dan Petronas Dagangan masing-masing merosot 10 sen kepada RM17.94 dan RM20.74, serta MISC berkurangan lapan sen kepada RM8.05.

Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 turun 22.01 mata kepada 12,284.81, Indeks FBM Emas susut 19.65 mata kepada 12,451.97, Indeks FBM Mid 70 merosot 24.51 mata kepada 17,617.16, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 32.73 mata kepada 12,374.11, manakala Indeks FBM ACE meningkat 16.78 mata kepada 4,563.06.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 7.63 mata kepada 8,892.04, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 35.20 mata kepada 19,751.06. Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.55 mata kepada 187.55, manakala Indeks Tenaga meningkat 1.58 mata kepada 818.80.