Armenia rasmi jadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Armenia rasmi jadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa

MOSCOW,. Armenia pada Khamis secara rasmi menjadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memandangkan ratifikasi Statut Rom yang menubuhkan badan itu mula berkuat kuasa pada 1 Feb.

Menurut ICC, Armenia menjadi negara ke-124 yang menyertai Statut Rom dan negara ke-19 daripada kumpulan Eropah Timur yang berbuat demikian, lapor Agensi Anadolu.

Oktober lalu, Parlimen Armenia menerima pakai undang-undang mengenai ratifikasi Statut Rom sekali gus mengiktiraf bidang kuasa ICC.

Menteri Luar Armenia Ararat Mirzoyan dalam surat yang diutus kepada ICC, berikrar yang Republik Armenia komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )