Jabatan Kecemasan HKL seperti ‘zon perang’ disebabkan kerja naik taraf

HomeFeaturedBerita Semasa

Jabatan Kecemasan HKL seperti ‘zon perang’ disebabkan kerja naik taraf

KUALA LUMPUR,. Keadaan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digambarkan seperti 'zon perang' dalam media sosial baru-baru ini

9 ways beauty essentials can make you rich
Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 12 tengah hari ini
ICW ke-27 memperkukuh inovasi dan kelestarian sektor pembinaan

KUALA LUMPUR,. Keadaan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang digambarkan seperti ‘zon perang’ dalam media sosial baru-baru ini, adalah disebabkan proses naik taraf yang sedang dilaksanakan.

Pengarah HKL Datuk Dr Harikrishna K. R. Nair dalam satu kenyataan berkata jabatan berkenaan terpaksa beroperasi di kawasan yang mengecil sebanyak 50 peratus, manakala baki 50 peratus keluasan digunakan bagi laluan projek naik taraf berkenaan.

“Projek ini dilaksanakan sebagai perancangan strategik untuk menampung kapasiti pesakit yang bertambah bagi keselesaan pesakit, dan jangkaan siap projek adalah pada akhir tahun 2026,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata infrastruktur yang kelihatan uzur pada masa ini adalah bersifat sementara, ekoran proses ubah suai itu, malah kerusi bagi pesakit dan waris yang menunggu akan ditambah mengikut kapasiti khemah menunggu sedia ada bagi meningkatkan keselesaan pelanggan.

Dr Harikrishna berkata walaupun berdepan kekangan ruang luaran, HKL memberikan jaminan operasi jabatan berjalan lancar, dan semua kes diberikan perawatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan mengamalkan prinsip ‘no wrong door’.

–BERNAMA