
Program WeBBB Terus Meningkatkan Usahawan Wanita di Malaysia
Negeri Sembilan – Program Womenpreneur in Wealth, Brain, Beauty and Behavior (WeBBB) terus melangkah ke edisi keenam dengan penuh kesungguhan, menampilkan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk usahawan wanita di Malaysia. Sejak pertama kali diperkenalkan di Kedah, program ini kini telah berjaya dilaksanakan di beberapa negeri, termasuk Penang, Sabah, Melaka, dan terbaru di Perak.
Menurut Coach Norlukmal, salah seorang jurulatih utama program, beliau telah melihat peningkatan yang signifikan dalam usaha peserta wanita sepanjang program ini. “Saya memang nampak kesungguhan dalam usaha ninda untuk membangunkan wanita, terutama sekali dalam membangunkan bisnes mereka melalui ilmu yang betul-betul,” katanya.
Tambahnya lagi, program ini turut memberikan penekanan pada pemilihan peserta yang benar-benar komited dan berminat untuk memperkembangkan perniagaan mereka. “Saya sangat teruja dengan tagline Universiti True Life tu. Maknanya betul-betul mereka implement mencari peserta-peserta yang betul-betul minat dan bersungguh dalam menuntut ilmu,” ujar Coach Norlukmal.
WeBBB edisi Kuala Lumpur, yang berlangsung di Wisma MPM, menarik ramai peserta, dan mendapat sambutan luar biasa. Menurut beliau, KL merupakan salah satu lokasi dengan penyertaan terbesar selepas Sabah, di mana 100 orang hadir untuk edisi Sabah. “Energi mereka sangat hebat,” jelasnya. Kuala Lumpur mencatatkan jumlah peserta kedua terbesar setakat ini.
Program ini akan diteruskan di Terengganu untuk mewakili kawasan Pantai Timur, diikuti Johor Bahru sebagai destinasi seterusnya.
-Mahadi