CAAM sahkan insiden libatkan DA-40 di Langkawi, penumpang selamat

HomeFeaturedBerita Semasa

CAAM sahkan insiden libatkan DA-40 di Langkawi, penumpang selamat

PUTRAJAYA,. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu insiden melibatkan sebuah pesawat Diamond Aircraft model DA-40 dengan nom

Norway Teruskan Rancangan Had Umur Akses Media Sosial Bagi Kanak – Kanak
Tiada unsur komersial perjanjian tiga gajah Malaysia ke Jepun – Majlis Perbandaran Taiping
BAM kutuk serangan siber terhadap pemain badminton negara

PUTRAJAYA,. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu insiden melibatkan sebuah pesawat Diamond Aircraft model DA-40 dengan nombor pendaftaran 9M-HMJ, ketika menjalani penerbangan latihan.

CAAM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat tersebut, telah melakukan pendaratan cemas di sekitar Kuah, Langkawi, Kedah, hari ini.

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 9.54 pagi untuk penerbangan latihan yang dijadualkan dan komunikasi terakhir dengan Menara Kawalan Trafik Udara Langkawi direkodkan pada jam 10.29 pagi,” menurut kenyataan itu.

Menurut CAAM, terdapat dua orang di dalam pesawat, termasuk juruterbang dan kedua-duanya dilaporkan selamat.

Siasatan terhadap insiden itu akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan, selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

–BERNAMA