WHO sahkan tujuh kes hantavirus di MV Hondius

HomeFeaturedBerita Semasa

WHO sahkan tujuh kes hantavirus di MV Hondius

GENEVA,. Tujuh kes jangkitan hantavirus Andes disahkan dalam kalangan individu di atas kapal persiaran MV Hondius, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (

PM Anwar, Modi saksi pertukaran MoU tingkatkan kerjasama Malaysia-India
Pelan Tindakan Food Bank Kebangsaan 2026-2030 dilancarkan awal tahun depan – Armizan
PERDAGANGAN MALAYSIA-KOREA SELATAN DIJANGKA MELEBIHI US$40 BILION PADA 2026

GENEVA,. Tujuh kes jangkitan hantavirus Andes disahkan dalam kalangan individu di atas kapal persiaran MV Hondius, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin, lapor Xinhua.

Jumlah keseluruhan kes bergejala kini mencecah sembilan, selepas seorang penumpang warga Perancis yang dipindahkan dari MV Hondius pada Ahad disahkan positif virus itu, kata Ketua Epidemiologi dan Analisis untuk Tindak Balas (EAR) WHO, Olivier Le Polain dalam sesi langsung media sosial di Geneva.

WHO pada Sabtu memaklumkan bahawa setakat 8 Mei, sebanyak lapan kes bergejala dilaporkan, termasuk tiga kematian.

–BERNAMA-Xinhua