WHO sahkan tujuh kes hantavirus di MV Hondius

HomeFeaturedBerita Semasa

WHO sahkan tujuh kes hantavirus di MV Hondius

GENEVA,. Tujuh kes jangkitan hantavirus Andes disahkan dalam kalangan individu di atas kapal persiaran MV Hondius, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (

Lonjakan ranking daya saing bukti asas ekonomi Malaysia semakin kukuh
Jepun cadang peraturan pendapatan, pencen lebih ketat bagi status penduduk tetap
Selaras semula tarikh konvokesyen: KPT serah budi bicara UMS, tindakan wajar, kata Zambry

GENEVA,. Tujuh kes jangkitan hantavirus Andes disahkan dalam kalangan individu di atas kapal persiaran MV Hondius, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin, lapor Xinhua.

Jumlah keseluruhan kes bergejala kini mencecah sembilan, selepas seorang penumpang warga Perancis yang dipindahkan dari MV Hondius pada Ahad disahkan positif virus itu, kata Ketua Epidemiologi dan Analisis untuk Tindak Balas (EAR) WHO, Olivier Le Polain dalam sesi langsung media sosial di Geneva.

WHO pada Sabtu memaklumkan bahawa setakat 8 Mei, sebanyak lapan kes bergejala dilaporkan, termasuk tiga kematian.

–BERNAMA-Xinhua