Presiden PTM nafi dakwaan salah guna kuasa, buat laporan polis

HomeFeaturedJenayah

Presiden PTM nafi dakwaan salah guna kuasa, buat laporan polis

KUALA LUMPUR,. Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan beliau

Jabatan Kecemasan HKL seperti ‘zon perang’ disebabkan kerja naik taraf
Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor berkenan saksikan pemeteraian MoU pembangunan bandar pintar Selangor
Medan ujian regulatori dijalankan untuk kawal selia media sosial – Fahmi

KUALA LUMPUR,. Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan beliau dengan isu meminta wang atau salah guna kuasa.

Beliau menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak benar, tidak berasas dan fitnah yang boleh menjejaskan reputasi serta integritinya.

“Saya sudah membuat laporan di Balai Polis Nilai hari ini (Khamis) dan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Mohamad Iruan turut memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media pada Jumaat bagi memberi penjelasan terperinci dan menjelaskan perkara sebenar berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, tular video di Facebook dakwaan seorang jurulatih tinju bahawa dia dipaksa melakukan pemindahan wang kepada PTM setiap bulan.

–BERNAMA