
PM Anwar: Pulau Pinang Contoh Harmoni Kaum, Malaysia Mampu Jadi Negara Tersohor
BUTTERWORTH – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pulau Pinang sebagai cerminan perpaduan Malaysia apabila rakyat pelbagai kaum hadir beramai-ramai meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh muhibah.
“Pulau Pinang adalah bukti bahawa masyarakat majmuk boleh hidup bersama dalam suasana damai dan saling menghormati,” katanya di hadapan lebih 10,000 hadirin di Pusat Konvensyen PICCA @Arena.
Anwar berkata kekuatan sebenar Malaysia terletak pada rakyatnya yang mampu mengekalkan keharmonian walaupun berbeza agama dan budaya. Beliau juga menggesa agar rakyat menolak anasir perpecahan dan tumpu kepada pembangunan negara yang inklusif.