
Insiden Sabotaj Disyaki: MKLSB Buat Laporan Polis, Kecam Tindakan Tidak Profesional
KUALA LUMPUR – Susulan insiden kerosakan barangan syarikat, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) mengambil langkah segera dengan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap kemungkinan unsur sabotaj.
Menurut Pengarah Urusan MKLSB, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak, perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan prinsip profesionalisme dan integriti korporat.
“Kami serahkan kepada PDRM untuk menyiasat secara menyeluruh dan berharap keadilan ditegakkan sekiranya ada elemen khianat,” jelasnya.
Tambah beliau, tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini boleh menggugat operasi serta imej syarikat. Beliau turut mendedahkan bahawa kakitangan MKLSB telah menerima ugutan selepas menolak tawaran perniagaan yang tidak setara daripada LSHSM.
MKLSB menzahirkan harapan agar pihak berkuasa mengambil tindakan telus dan tegas terhadap sebarang bentuk ancaman terhadap organisasi.