
Polis Berpangkat Ketua Balai Dikenakan Tindakan Disiplin, Dipindahkan Segera ke Pulau Pinang
KUALA LUMPUR – PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar disiplin, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, selepas penahanan seorang ketua polis balai yang didapati positif dadah dalam serbuan baru-baru ini.
Rusdi berkata, pegawai yang terlibat telah dipindahkan segera ke Bilik Gerakan IPK Pulau Pinang, sementara tindakan tatatertib dijalankan.
“Kes ini menunjukkan bahawa kami tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dalam salah laku jenayah, tanpa mengira pangkat atau jawatan,” tegas beliau.
Serbuan tersebut turut menyaksikan penahanan 17 individu, dengan ujian air kencing ke atas pegawai berkenaan mengesahkan pengambilan empat jenis dadah.