Parlimen Bersidang Khas Awal Mei, Anwar Sahkan Tarikh

Parlimen Bersidang Khas Awal Mei, Anwar Sahkan Tarikh

PUTRAJAYA, 23 April 2025 – Isu tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia bakal menjadi tumpuan sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 5 Mei ini, menurut pengesahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menjawab secara ringkas “Iya, 5 Mei,” ketika ditanya pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Puspanitapuri.

Majlis tersebut turut disertai Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Azalina Othman Said, serta beberapa pegawai tertinggi perkhidmatan awam.

Dalam pada itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadualkan berlepas ke Washington pada Khamis ini bagi mengadakan pertemuan bersama Wakil Perdagangan AS (USTR) dan beberapa pegawai kanan untuk membincangkan cadangan tarif berkenaan.

Presiden AS Donald Trump baru-baru ini mengumumkan tarif balas sebanyak 24 peratus terhadap Malaysia dan beberapa negara lain, namun tindakan itu ditangguhkan selama 90 hari untuk lebih 75 negara, kecuali China.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )