
Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025 Bawa Sinar Baharu Buat Rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR, 1 Mei 2025 – Di saat ramai mencari peluang baharu dalam keadaan pasaran kerja yang mencabar, Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025 muncul sebagai ruang harapan dengan lebih 10,000 tawaran pekerjaan yang dibuka kepada rakyat Malaysia.
Bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, ekspo anjuran PERKESO bersama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ini menghimpunkan lebih 150 majikan, menawarkan pelbagai jawatan dalam pelbagai sektor untuk pencari kerja dari semua latar belakang.