Bront Palarae Guna Kemenangan di Thailand Untuk Angkat Suara Komuniti Melayu Selatan

Bront Palarae Guna Kemenangan di Thailand Untuk Angkat Suara Komuniti Melayu Selatan

BANGKOK, 11 Mei — Bront Palarae bukan sahaja pulang dengan trofi Pelakon Pembantu Terbaik dari Anugerah Baan Nang Klang Lakorn ke-21, tetapi turut menggunakan pentas tersebut untuk menyuarakan harapannya agar masyarakat Melayu Selatan Thailand diberikan lebih ruang dalam penceritaan arus perdana.

Dalam ucapannya, Bront menyatakan hasrat agar sejarah dan pengalaman komuniti tersebut diketengahkan dengan lebih menyeluruh dalam industri perfileman negara itu.

“Saya impikan satu hari nanti filem Thailand dapat mempersembahkan naratif daripada komuniti Melayu Selatan yang kaya budaya dan sejarah. Mereka layak didengari,” katanya.

Wataknya dalam The Cursed Land dilihat membuka ruang perbualan tentang identiti, marginalisasi dan realiti sosial di wilayah terbabit.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )