Rafizi Hormati Mandat Akar Umbi, Sedia Undur Dari Kabinet Jika Tewas

Rafizi Hormati Mandat Akar Umbi, Sedia Undur Dari Kabinet Jika Tewas

KUALA LUMPUR, 11 Mei — Datuk Seri Rafizi Ramli menyatakan kesediaan untuk mengundurkan diri daripada jawatan menteri sekiranya tidak berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2025 yang dijadual berlangsung pada 24 Mei.

Rafizi menegaskan bahawa kedudukan dalam kerajaan perlu bersandarkan kepada sokongan akar umbi, dan beliau tidak wajar memegang jawatan eksekutif jika gagal memperoleh mandat tersebut.

“Bagi saya, integriti politik bermula dari bawah. Jika ahli parti menolak saya, maka saya akan undur dengan tenang dan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen,” katanya dalam sesi podcast Yang Bakar Menteri.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pertandingan dalaman tidak akan mengganggu kestabilan Kerajaan Perpaduan kerana telah dibincangkan dengan rakan gabungan seperti GPS dan BN.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )