Agong berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji

HomeFeaturedBerita Semasa

Agong berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji

PUTRAJAYA,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, bersempena dengan

ISU JEREBU: PRABOWO SETUJU AMBIL LANGKAH PERLU – PM ANWAR
Istiadat angkat sumpah Exco Johor ditangguh ke esok
BRICS lancar platform digital bagi kerjasama grid pintar dan penyimpanan tenaga

PUTRAJAYA,. Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, di Dataran Pahlawan Negara, di sini.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada 8.45 pagi disambut dengan alunan lagu Negaraku, disusuli dengan 21 das tembakan kehormat oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Mejar Hafizan Mat Ghani.

Seri Paduka Baginda kemudian memeriksa perbarisan terdiri daripada 25 pegawai dan 510 anggota lain-lain pangkat daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja Leftenan Kolonel Azlan Shah Baharom.

Keadaan cuaca dengan hujan renyai dan suhu kira-kira 26 darjah Celsius mengiringi perbarisan yang bermula pada 7.50 pagi, yang turut menampilkan acara gabungan Pancaragam Pusat ATM di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Muhamad Nor Azizan Yahya dengan persembahan lagu-lagu patriotik.

SUMBER;

–BERNAMA