Gelombang haba landa Bangladesh, empat kematian dilaporkan

HomeFeaturedBerita Semasa

Gelombang haba landa Bangladesh, empat kematian dilaporkan

DHAKA,. Jabatan Meteorologi Bangladesh pada Khamis memaklumkan gelombang haba yang menjejaskan sebahagian besar negara itu dijangka berlarutan, ketika

Selat Hormuz akan diurus bersama Oman mengikut undang-undang antarabangsa – Iran
Trump ingatkan kepentingan perpaduan sempena ulang tahun ke-250 AS
Jakarta perketat kawalan keselamatan menjelang himpunan besar-besaran

DHAKA,. Jabatan Meteorologi Bangladesh pada Khamis memaklumkan gelombang haba yang menjejaskan sebahagian besar negara itu dijangka berlarutan, ketika angka kematian disyaki akibat strok haba meningkat kepada empat dalam tempoh empat hari lepas, lapor Xinhua.

Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD) memaklumkan gelombang haba itu menjejaskan enam daripada lapan bahagian pentadbiran negara berkenaan, termasuk ibu negara Dhaka.

Ahli meteorologi di Pusat Amaran Ribut BMD, Abdul Hamid memberitahu Xinhua bahawa terdapat kemungkinan gelombang haba hingga tahap ekstrem berlaku pada akhir bulan ini, dengan suhu maksimum mencecah sehingga 40 darjah Celsius di beberapa kawasan.

Di Dhaka, suhu meningkat kepada 36.8 darjah Celsius pada Khamis.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bencana alam seperti banjir dan gelombang haba akibat cuaca ekstrem susulan perubahan iklim menyebabkan Bangladesh yang mempunyai kira-kira 170 juta penduduk lebih kerap dilanda bencana berbanding kebiasaan.

Pakar berkata gelombang haba berkemungkinan menjadi lebih teruk pada tahun-tahun akan datang disebabkan taburan hujan yang tidak menentu dan suhu tinggi, sekali gus memberi ancaman kepada Bangladesh, antara negara yang paling terjejas akibat pemanasan global.

SUMBER;

–BERNAMA-XINHUA