Konflik Asia Barat: Iran dakwa AS dipaksa tandatangani perjanjian tamat perang

HomeFeaturedBerita Semasa

Konflik Asia Barat: Iran dakwa AS dipaksa tandatangani perjanjian tamat perang

TEHRAN,. Media kerajaan Iran mendakwa Amerika Syarikat (AS) terpaksa menandatangani satu persefahaman bagi menamatkan perang dengan Republik Islam Ira

Datuk Bandar New York soroti pembabitan AS dalam genosid di Gaza pada ulang tahun 7 Oktober
KADAR JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL SUSULAN OPERASI BNM
Kerajaan dibenar tangguh bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga Raymond Koh

TEHRAN,. Media kerajaan Iran mendakwa Amerika Syarikat (AS) terpaksa menandatangani satu persefahaman bagi menamatkan perang dengan Republik Islam Iran serta apa yang dirujuk Tehran sebagai “Pakatan Penentangan” di rantau Asia Barat.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memaklumkan, perang melibatkan Amerika Syarikat terhadap Iran dan sekutunya akan dihentikan secara kekal serta-merta di semua medan konflik.

Shehbaz turut mendakwa, persetujuan bagi menamatkan perang antara Washington dan Tehran telah dicapai, namun, tidak memperincikan butiran lanjut mengenai kandungan persefahaman tersebut.

Laporan itu hadir ketika rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran terus dipergiat, termasuk usaha diplomatik melibatkan Qatar bagi memuktamadkan perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi secara terperinci daripada Washington mahupun Tehran berhubung syarat akhir perjanjian tersebut.

–Agensi