KADAR JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL SUSULAN OPERASI BNM

HomeFeaturedBerita Semasa

KADAR JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL SUSULAN OPERASI BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan m

SURUHANJAYA EROPAH RANCANG HAD UMUR MINIMUM 13 TAHUN GUNA MEDIA SOSIAL
Why you shouldn’t eat best store in bed
Rakyat Malaysia ditahan di Thailand disyaki anggota sindiket dadah rentas negara: Bukit Aman

KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM46.76 bilion dalam pasaran konvensional dan RM18.51 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik yang terdiri daripada tender bernilai RM6 bilion untuk lapan hari, RM500 juta untuk 31 hari dan RM1 bilion untuk 92 hari.

Bank pusat juga akan menjalankan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM500 juta untuk lapan hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM54.3 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM19.5 bilion.

— BERNAMA