Gempa magnitud 3.3, melanda perairan Batu Pahat awal pagi ini

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa magnitud 3.3, melanda perairan Batu Pahat awal pagi ini

KUALA LUMPUR,. Satu kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.3 direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 1:17 pagi, hari ini.Me

Ribut petir dan hujan lebat diramal di KL, Putrajaya serta lapan negeri
Hujan lebat, ribut petir di lima negeri termasuk Sarawak hingga 7 malam
Ribut petir dijangka landa 11 negeri hingga 5 petang ini

KUALA LUMPUR,. Satu kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud 3.3 direkodkan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada jam 1:17 pagi, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berlaku pada koordinat 1.7° Utara dan 102.7° Timur, kira-kira 20 kilometer (km) barat daya dari Batu Pahat, dengan kedalaman 10km.

MetMalaysia memaklumkan bahawa gegaran daripada gempa bumi itu berkemungkinan dirasai di kawasan sekitar Batu Pahat.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan diterima.

Tambahnya, kejadian berkenaan dikategorikan sebagai gempa bumi lemah dan tidak dijangka mencetuskan sebarang ancaman serius seperti tsunami.

“Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan agar kekal tenang dan mengikuti maklumat terkini daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang spekulasi tidak tepat.

Malaysia secara umumnya tidak terletak dalam zon lingkaran api Pasifik, namun beberapa kawasan di negara ini boleh merasai kesan gempa bumi yang berlaku di kawasan berhampiran.