MUDA pertaruh tiga lagi calon pada PRN Johor

HomeFeaturedPolitik

MUDA pertaruh tiga lagi calon pada PRN Johor

KUALA LUMPUR,. Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
224,559 masyarakat Orang Asli terus terima manfaat inisiatif kerajaan – JAKOA
Gunung Semeru meletus tiga kali, aliran piroklas cecah 3.5 km

KUALA LUMPUR,. Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan tiga lagi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua MUDA Bahagian Kulai M. Premanand, 53, dipertaruhkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu, Ketua Penerangan MUDA Muar Muhammad Amir Fiqri, 30, di DUN Maharani manakala Setiausaha Agung MUDA Ainie Haziqah Shafii, 36, di DUN Simpang Jeram.

Pengumuman kesemua calon dibuat Presiden MUDA Amira Aisya Abdul Aziz pada Malam Suara MUDA, di sini.

Semalam, Amira Aisya mengumumkan Ketua Pegawai Pusat Khidmat DUN Puteri Wangsa Rashifa Aljunied, 26, sebagai calon bagi kerusi DUN Puteri Wangsa, pada PRN berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.

SUMBER;

–BERNAMA