JAN BUKA KAUNTER MEJA BANTUAN, BANTU SYARIKAT SELESAIKAN e-SELFAUDIT TAHUN 2026

HomeFeaturedBerita Semasa

JAN BUKA KAUNTER MEJA BANTUAN, BANTU SYARIKAT SELESAIKAN e-SELFAUDIT TAHUN 2026

KUALA LUMPUR,. Jabatan Audit Negara (JAN) akan membuka kaunter meja bantuan di ibu pejabat dan JAN negeri bagi membantu syarikat kerajaan menyelesaika

MyPOWER laksana penilaian menyeluruh program tenaga nuklear negara – Fadillah
AirAsia derma 15 peso setiap tempat duduk terjual untuk ‘To the Philippines with Love’
Kerugian Pos Malaysia berkurangan kepada RM45.23 juta dalam suku ketiga

KUALA LUMPUR,. Jabatan Audit Negara (JAN) akan membuka kaunter meja bantuan di ibu pejabat dan JAN negeri bagi membantu syarikat kerajaan menyelesaikan penilaian Sistem e-SelfAudit.

Menurut JAN dalam kenyataan hari ini, kaunter itu akan dibuka pada 11, 14 dan 15 Sept 2026 (Jumaat, Isnin dan Selasa) bagi Persekutuan serta negeri-negeri umum manakala Terengganu, Kelantan dan Kedah pada 13, 14 dan 15 September 2026 (Ahad, Isnin dan Selasa).

“Bagi syarikat yang masih belum melengkapkan penilaian kendiri, syarikat perlu menyelesaikan penilaian tersebut dengan segera bagi mengelak sebarang kelewatan.

“Sehubungan itu, syarikat yang memerlukan khidmat nasihat, bantuan teknikal atau perkhidmatan lain yang berkaitan untuk menyelesaikan penilaian kendiri Sistem e-SelfAudit boleh berkunjung ke kaunter meja bantuan JAN,” menurutnya.

Menurut JAN, bagi tahun 2026, semua badan lain termasuk syarikat kerajaan yang telah diwartakan di bawah Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 [P.U. (A) 331/2024] diwajibkan untuk melengkapkan penilaian kendiri melalui Sistem e-SelfAudit sebelum atau selewat-lewatnya pada 15 Sept 2026.

Mulai 2025, JAN telah melaksanakan cara pengauditan melalui Sistem e-SelfAudit yang melibatkan 1,856 badan lain termasuk syarikat kerajaan di seluruh negara.

— BERNAMA