KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL SUSULAN OPERASI BNM

HomeFeaturedBusiness

KADAR ANTARA BANK JANGKA PENDEK DIUNJUR KEKAL STABIL SUSULAN OPERASI BNM

KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan m

Bangladesh sasar integrasi ekonomi lebih besar menerusi perdagangan dan kepelbagaian pelaburan
Pengeluaran minyak mentah kondensat susut 5.5 peratus kepada 43 juta tong
Pasaran Bursa didagang tidak menentu pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM22.22 bilion dalam pasaran konvensional dan RM9.27 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM7.5 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM200 juta untuk 31 hari.

Bank pusat akan turut menjalankan dua tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) terdiri daripada tender bernilai RM600 juta untuk tujuh hari dan tender bernilai RM400 juta untuk 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.7 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM11.7 bilion.

— BERNAMA