Masa memasuki Hijir Ismail bagi lelaki, wanita di Masjidil Haram ditetapkan

HomeFeaturedBerita Semasa

Masa memasuki Hijir Ismail bagi lelaki, wanita di Masjidil Haram ditetapkan

MAKKAH,. Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu khas untuk memasuki Hijir Ismail bagi lelaki dan wan

Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025
Penyertaan Malaysia dalam BRICS mampu perkukuh kedudukan dalam ekonomi dunia
Iran tidak akan tunduk meski perjanjian berkali-kali dicabuli AS – Pezeshkian

MAKKAH,. Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan waktu khas untuk memasuki Hijir Ismail bagi lelaki dan wanita sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengawal selia pergerakan di dalam Masjidil Haram dan meningkatkan perkhidmatan untuk jemaah.

Menurut lembaga itu, jemaah wanita dibenarkan memasuki Hijir Ismail setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 9 pagi, manakala waktu kemasukan bagi jemaah lelaki ditetapkan dari pukul 10 malam hingga 1 pagi, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pihak berkuasa itu menyatakan bahawa penetapan masa berkenaan bertujuan memudahkan urusan ibadah, memastikan kelancaran pergerakan, dan meningkatkan pengalaman para pengunjung di Masjidil Haram.

SUMBER;

–BERNAMA-SPA