KPWKM: Memaklumkan bahawa tema sambutan tahun ini ‘Families, Inequalities and Child Wellbeing’

HomeFeaturedBerita Semasa

KPWKM: Memaklumkan bahawa tema sambutan tahun ini ‘Families, Inequalities and Child Wellbeing’

PUTRAJAYA,. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kekal komited dalam usaha memperkukuh institusi keluarga melalui pendekata

KPWKM ucap tahniah pemilihan Yasmeen anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB
KPWKM mula Kajian Lelaki Budiman Negara bulan ini – Nancy
KPWKM komited menangani isu gangguan seksual merangkumi aspek pencegahan, pendidikan, advokasi

PUTRAJAYA,. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kekal komited dalam usaha memperkukuh institusi keluarga melalui pendekatan inklusif serta pendidikan kekeluargaan bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Dalam kenyataan sempena Hari Keluarga Antarabangsa 2026, KPWKM memaklumkan bahawa tema sambutan tahun ini, ‘Families, Inequalities and Child Wellbeing’, menekankan kepentingan usaha mengurangkan jurang sosial, ekonomi dan akses kepada perkhidmatan asas yang boleh memberi kesan terhadap perkembangan kanak-kanak.

“Keluarga yang stabil berupaya melahirkan generasi yang sihat, berdaya tahan dan mempunyai nilai sosial yang kukuh,” menurut kenyataan itu.

Seiring aspirasi tersebut, KPWKM menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi memperkukuh daya tahan keluarga, meningkatkan kesejahteraan psikososial masyarakat serta memperluas akses kepada pendidikan kekeluargaan dan perkhidmatan sokongan komuniti.

Antara fokus utama kementerian adalah memperkasa pendidikan kekeluargaan serta perkhidmatan sokongan keluarga selaras dengan Dasar KASIH Keluarga Negara yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2026.

Pendekatan Dasar KASIH Keluarga Negara ini diterapkan melalui nilai KASIH, iaitu Kasih sayang, Akhlak, Sihat dan selamat, berilmu serta Harmoni,” menurut kenyataan itu.

KPWKM turut memaklumkan bahawa usaha akan diperkukuh bagi pelaksanaan program pendidikan keluarga seperti Kursus Perkahwinan SMARTSTART, Program Keibubapaan Positif, Program Pembangunan Remaja serta advokasi nilai KASIH yang memberi penekanan kepada komunikasi berkesan, pengukuhan hubungan kekeluargaan, kesihatan reproduktif dan pembangunan emosi anak dalam kalangan ibu bapa.

Selain itu, akses masyarakat terhadap pendidikan reproduktif dan perkhidmatan sokongan psikososial remaja melalui program KafeTEEN turut diperluas melalui pendekatan turun padang, dengan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan serta komuniti setempat.

KPWKM turut memaklumkan beberapa seminar penyelidikan keluarga akan dianjurkan bagi membincangkan tahap kesejahteraan keluarga semasa berdasarkan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2025.

Melalui seminar tersebut, pelbagai perkongsian inisiatif berasaskan bukti akan dikongsi dan dibincangkan bagi memperkukuh dasar serta program yang memberi impak terhadap kesejahteraan keluarga.

Hari Keluarga Antarabangsa menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa institusi keluarga merupakan asas kepada pembangunan negara yang mampan, harmoni dan sejahtera.