KPWKM ucap tahniah pemilihan Yasmeen anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB

HomeFeaturedBerita Semasa

KPWKM ucap tahniah pemilihan Yasmeen anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB

PUTRAJAYA,. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merakamkan ucapan tahniah kepada Dato' Yasmeen Muhamad Shariff atas pemili

KPWKM mula Kajian Lelaki Budiman Negara bulan ini – Nancy
KPWKM komited menangani isu gangguan seksual merangkumi aspek pencegahan, pendidikan, advokasi
JKM salur RM3.1 bilion bantuan kewangan kepada lebih 500,000 klien tahun lepas – Nancy

PUTRAJAYA,. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Yasmeen Muhamad Shariff atas pemilihannya sebagai anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC) bagi penggal 2027 hingga 2031.

Dato’ Yasmeen memperoleh undian tertinggi dalam kalangan semua calon yang bertanding dengan meraih 136 undi daripada 189 Negara Pihak yang hadir semasa pemilihan yang berlangsung pada Mesyuarat Negara-Negara Pihak Ke-21 kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada 23 Jun lalu.

Pemilihan itu merupakan kali kedua beliau menganggotai jawatankuasa berkenaan selepas pernah berkhidmat bagi penggal 2013 hingga 2017.

Menurut KPWKM, kejayaan tersebut mencerminkan keyakinan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan serta memajukan hak kanak-kanak selaras dengan prinsip-prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Kementerian itu berkata, pencapaian berkenaan turut menyusuli kejayaan Malaysia dalam menghadiri Sesi Dialog Konstruktif bersama Jawatankuasa CRC di Geneva, Switzerland pada 22 dan 23 Januari tahun ini, yang menyaksikan pelbagai usaha serta inisiatif negara dalam melindungi hak kanak-kanak menerima pengiktirafan dan pujian daripada ahli jawatankuasa.

Malaysia terus melaksanakan pelbagai langkah secara berterusan bagi memastikan hak kanak-kanak dipelihara dan diperkasakan.

Sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kefahaman masyarakat antarabangsa mengenai komitmen negara terhadap CRC, KPWKM telah menganjurkan program bertajuk “A Journey of Malaysia s Participation under the Convention on the Rights of the Child (CRC)” yang melibatkan wakil diplomatik asing di Malaysia sebagai platform untuk berkongsi pencapaian dan inisiatif negara.

Menurut KPWKM, kejayaan itu juga merupakan hasil kerjasama erat antara kementerian tersebut selaku peneraju pelaksanaan CRC di Malaysia dengan Kementerian Luar Negeri (KLN), yang memainkan peranan penting dalam proses pencalonan serta usaha libat urus antarabangsa sehingga menyumbang kepada kejayaan Malaysia.

Kementerian itu berkata, pemilihan tersebut selaras dengan semangat CRC yang menggalakkan penglibatan aktif Negara-Negara Pihak dalam mekanisme dan institusi yang diwujudkan di bawah konvensyen berkenaan bagi memperkukuh pelaksanaan serta pemantauan hak kanak-kanak di peringkat global.

Sebagai anggota Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak PBB, Dato’ Yasmeen akan berkhidmat atas kapasiti peribadi dan bebas. Beliau akan menyumbang kepada mandat jawatankuasa dalam memantau pelaksanaan CRC, menyertai dialog konstruktif bersama Negara-Negara Pihak serta mempromosikan pendekatan berasaskan hak dalam menangani pelbagai cabaran yang menjejaskan kanak-kanak di seluruh dunia.

KPWKM turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan KLN, agensi kerajaan, rakan pembangunan dan semua pihak berkepentingan dalam memperkukuh agenda hak kanak-kanak di peringkat nasional dan antarabangsa.
Pada masa sama, kementerian itu berkata Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang yang saksama untuk berkembang, dilindungi dan mencapai potensi sepenuhnya.

“Dalam landskap global yang semakin kompleks, peranan Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak kekal penting dalam mempertahankan hak, maruah dan masa depan semua kanak-kanak,” katanya.

Malaysia turut mengalu-alukan sumbangan Dato’ Yasmeen kepada jawatankuasa berkenaan serta usaha antarabangsa yang lebih luas bagi memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir.