Lim Guan Eng, isteri dan Phang gagal batalkan pertuduhan, perbicaraan diteruskan

HomeFeaturedJenayah

Lim Guan Eng, isteri dan Phang gagal batalkan pertuduhan, perbicaraan diteruskan

PUTRAJAYA,. Kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew serta ahli perniagaan

Empat Pengarah Syarikat Didakwa Tipu Maklumat Tuntutan INSENTIF PERKESO
Tengku Hassanal sertai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah
Pukul budak 12 tahun, polis tahan tiga lelaki

PUTRAJAYA,. Kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew serta ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta akan diteruskan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Perkara itu diputuskan selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azman Abdullah, bersama-sama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, menolak permohonan difailkan Lim, Chew dan Phang untuk membatalkan pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka.

Pada 3 Mei 2024, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan itu dengan menyatakan bahawa doktrin autrefois acquit atau prinsip larangan pendakwaan dua kali yang dihujahkan oleh pihak pembelaan tidak terpakai kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan.

SUMBER;

–BERNAMA