Suspek kes bunuh bayi di Kluang didakwa esok

HomeFeaturedJenayah

Suspek kes bunuh bayi di Kluang didakwa esok

KLUANG,. Seorang penuntut perempuan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, esok atas pertuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya di sebuah ru

Reformasi pasaran buruh perlu seimbang, berpandukan realiti industri – MEF
Gempa 6.0 magnitud gegar pesisir pantai timur laut Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan
Piala Thomas: Malaysia layak ke suku akhir sebagai naib juara kumpulan

KLUANG,. Seorang penuntut perempuan akan didakwa di Mahkamah Majistret Kluang, esok atas pertuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya di sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, di sini pada bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor oleh Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Kertas siasatan juga telah ditaklimatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan dikeluarkan supaya suspek berusia 19 tahun dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang bayi pada esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata penuntut lelaki berusia 19 tahun yang juga suspek dalam kes itu dijadikan saksi pendakwaan.

Sebelum ini, polis mengesahkan penahanan sepasang penuntut kolej bagi membantu siasatan penemuan bayi perempuan dengan beberapa kesan tikaman pada 29 Julai.

Penemuan itu susulan penuntut perempuan itu dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom kerana melahirkan anak dan pemeriksaan perubatan juga menemukan terdapat seorang lagi bayi dalam kandungannya.

SUMBER;

–BERNAMA