Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar luar pantai Pulau Hachijo Jepun, gegaran dirasai di Tokyo

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi bermagnitud 5.5 gegar luar pantai Pulau Hachijo Jepun, gegaran dirasai di Tokyo

TOKYO,. Gempa bumi dengan magnitud awal 5.5 melanda luar pantai Pulau Hachijo, kira-kira 280 kilometer (km) di selatan Tokyo pada Jumaat, menurut Agen

Kemarau antara faktor cetus virus KHV aktif ancam ikan pelian – Jamawi
Angkat MA63 sebagai agenda nasional bukti keterbukaan Kerajaan MADANI – Mustapha
Bekas ejen insurans didenda RM14,000 tipu bank guna dokumen palsu

TOKYO,. Gempa bumi dengan magnitud awal 5.5 melanda luar pantai Pulau Hachijo, kira-kira 280 kilometer (km) di selatan Tokyo pada Jumaat, menurut Agensi Meteorologi Jepun, lapor Xinhua.

Gegaran turut dirasai di ibu negara Jepun.

Gempa bumi itu berlaku pada kira-kira 9.02 malam waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 60km, mencatatkan skala 3 daripada 7 skala intensiti seismik Jepun di Pulau Miyake dan Pulau Mikura, menurut agensi cuaca berkenaan.

Pusat gempa terletak pada latitud 33.7 darjah utara dan longitud 140.5 darjah timur.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

— BERNAMA-XINHUA