KELAHIRAN DI JEPUN MENINGKAT 0.8 PERATUS PADA JANUARI-JUN, PERTAMA DALAM 11 TAHUN

HomeFeaturedBerita Semasa

KELAHIRAN DI JEPUN MENINGKAT 0.8 PERATUS PADA JANUARI-JUN, PERTAMA DALAM 11 TAHUN

TOKYO,. Bilangan kanak-kanak yang dilahirkan di Jepun dalam tempoh enam bulan pertama 2026 meningkat 0.8 peratus berbanding setahun sebelumnya kepada

MIMOS, QUANTROPI JALIN KERJASAMA PERKASA KESELAMATAN SIBER ANCAMAN KUANTUM DI MALAYSIA
Pegawai imigresen didakwa 11 pertuduhan guna kedudukan peroleh suapan
Iran tetapkan syarat baharu buka semula Selat Hormuz, mahu AS ‘perbetulkan tingkah laku’

TOKYO,. Bilangan kanak-kanak yang dilahirkan di Jepun dalam tempoh enam bulan pertama 2026 meningkat 0.8 peratus berbanding setahun sebelumnya kepada 342,068 orang, mencatatkan peningkatan pertama bagi tempoh Januari hingga Jun dalam tempoh 11 tahun, menurut data Kementerian Kesihatan pada Jumaat, lapor Kyodo News.

Angka itu, yang merangkumi kelahiran kepada warganegara asing, meningkat sebanyak 2,788 berbanding tempoh sama pada 2025, menurut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.

Jepun menyaksikan jumlah kelahiran merosot sejak 1973, ketika 2.09 juta bayi dilahirkan pada kemuncak gelombang kedua ledakan kelahiran negara itu.

— BERNAMA-KYODO