RIBUAN LAGI PESAKIT DI GAZA MENUNGGU PEMINDAHAN PERUBATAN – KETUA WHO

HomeFeaturedBerita Semasa

RIBUAN LAGI PESAKIT DI GAZA MENUNGGU PEMINDAHAN PERUBATAN – KETUA WHO

ISTANBUL,. Ribuan pesakit di Semenanjung Gaza masih menunggu untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan segera, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Seduni

HASIL PENYELIDIKAN PERLU DIMANFAATKAN UNTUK PENYELESAIAN CABARAN SEBENAR – RAJA MUDA PERLIS
Gempa bumi 6.5 skala Richter landa selatan Filipina
Kekurangan dana jejaskan 8.3 juta orang – UNHCR

ISTANBUL,. Ribuan pesakit di Semenanjung Gaza masih menunggu untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan segera, kata Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata pada minggu lepas agensi itu membantu pemindahan 106 pesakit, termasuk 19 kanak-kanak, melalui pintu sempadan Rafah dan Kerem Shalom. Mereka diiringi 132 orang.

Sejak Oktober 2023, seramai 13,237 pesakit, termasuk 6,276 kanak-kanak, bersama 16,406 pengiring dipindahkan keluar dari Gaza, kata Tedros dalam hantaran di X.

“Pemindahan perubatan memberi peluang untuk terus hidup kepada mereka yang memerlukan rawatan segera,” katanya.

Tedros menegaskan bahawa akses berterusan melalui beberapa laluan pintu sempadan diperlukan bagi memastikan pesakit menerima rawatan perubatan tepat pada masanya.

Tindakan genosid Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza menyebabkan ratusan ribu penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal, dengan ramai daripada mereka berlindung di pusat perlindungan sementara dan khemah di seluruh wilayah Palestin itu.

Sejak gencatan senjata yang diusahakan Amerika Syarikat, lebih 1,300 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 4,000 lagi cedera, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Sejak Oktober 2023, apabila Israel melancarkan serangan genosid terhadap Gaza, lebih 73,400 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 174,400 lagi cedera akibat serangan Israel yang berterusan, kebanyakannya menyasarkan infrastruktur awam.

— BERNAMA-ANADOLU