675 MAUT, 2,498 HILANG DALAM GELONGSORAN LUMPUR DI NEPAL – PIHAK BERKUASA

HomeFeaturedBerita Semasa

675 MAUT, 2,498 HILANG DALAM GELONGSORAN LUMPUR DI NEPAL – PIHAK BERKUASA

KATHMANDU,. Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan sebanyak 675 mayat ditemukan di kawasan yang dilanda

Garis panduan guna semula air sisa tanam padi akan diperkenal, kawal pencemaran sungai
Konflik Asia Barat: Trump nafi dakwaan AS salur dana kepada Iran
Gunung Sinabung meletus lagi, lebih 600 penduduk dipindahkan di Sumatera Utara

KATHMANDU,. Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal memaklumkan sebanyak 675 mayat ditemukan di kawasan yang dilanda gelongsoran lumpur setakat 6.30 petang waktu tempatan pada Sabtu, manakala 2,498 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Pelancongan Nepal di bawah Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Penerbangan Awam, seramai 753 pelancong masih tidak dapat dihubungi setakat 5.30 petang waktu tempatan, termasuk 589 warga asing.

Pejabat Pentadbiran Daerah Kathmandu pada Sabtu mengeluarkan notis segera yang menyeru pelbagai persatuan, institusi, perusahaan dan individu di Kathmandu supaya menyumbangkan bekalan bantuan bagi membantu mangsa di daerah Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.

— BERNAMA-XINHUA