NEW DELHI,. ima individu maut di negeri timur India, Bihar, selepas dipercayai mengambil arak tiruan dalam satu majlis praperkahwinan, menurut pegawai
NEW DELHI,. ima individu maut di negeri timur India, Bihar, selepas dipercayai mengambil arak tiruan dalam satu majlis praperkahwinan, menurut pegawai kerajaan tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.
Majlis praperkahwinan itu diadakan di sebuah kampung pada 14 Feb. Kesemua mangsa maut dalam tempoh beberapa hari lepas setelah mengadu sakit perut, muntah, sakit kepala dan pening.
Walaupun siasatan belum mencapai sebarang kesimpulan, dipercayai mangsa mengambil arak tiruan semasa majlis itu. Laporan terkini menyatakan bedah siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Penjualan dan pengambilan alkohol diharamkan di Bihar sejak 10 tahun lepas. Namun, arak tiruan dilaporkan masih mudah diperoleh secara haram di seluruh negeri itu. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa insiden kematian beramai-ramai akibat pengambilan arak haram turut dilaporkan di negeri itu.
–BERNAMA-XINHUA

