GUNUNG SINABUNG MELETUS, HAMBUR ABU SETINGGI 3.5 KM

HomeFeaturedBerita Semasa

GUNUNG SINABUNG MELETUS, HAMBUR ABU SETINGGI 3.5 KM

JAKARTA,.l Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia meletus pada pagi Isnin, menghamburkan abu gunung berapi kira-kira 3.5 kilometer di a

Malaysia, Kemboja perkukuh hubungan media, meterai MoU pembangunan informasi
“Project Freedom” kembali jika perjanjian tidak dicapai – Trump
Iran tutup Selat Hormuz susulan dakwaan pelanggaran gencatan senjata

JAKARTA,.l Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia meletus pada pagi Isnin, menghamburkan abu gunung berapi kira-kira 3.5 kilometer di atas puncak.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) berkata letusan bermula pada 10.17 pagi waktu tempatan dengan kepulan abu hitam tebal dilihat bergerak ke arah timur dan tenggara.

“Penduduk dan pengunjung dinasihatkan menjauhi perkampungan yang telah dipindahkan serta tidak menjalankan aktiviti dalam lingkungan tiga kilometer dari puncak Gunung Sinabung dan 4.5 kilometer ke arah selatan serta tenggara,” menurut laporan yang disiarkan di laman sesawang rasminya.

Gunung Sinabung yang terletak di Kabupaten Karo kekal pada Tahap II (Waspada), manakala penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan supaya terus berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya aliran lumpur gunung berapi.

— BERNAMA