JAKIM AKAN PANGGIL INDIVIDU SERTAI PERTANDINGAN MISS EQUALITY WORLD 2026

HomeFeaturedBerita Semasa

JAKIM AKAN PANGGIL INDIVIDU SERTAI PERTANDINGAN MISS EQUALITY WORLD 2026

PUTRAJAYA,. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu yang didakwa menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand s

SURUHANJAYA PARLIMEN IRAN LULUS PENALTI KEPADA KAPAL LANGGAR UNDANG-UNDANG HORMUZ
Stesen TV AS tawar AS$50,000 kepada peminat untuk tonton semua 104 perlawanan Piala Dunia
Pemangku Sultan Johor berangkat tiba di Istana Bukit Serene bagi angkat sumpah Exco baharu

PUTRAJAYA,. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu yang didakwa menyertai pertandingan Miss Equality World 2026 di Thailand seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata berpandukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri dan agensi berkaitan untuk memanggil individu itu.

“JAKIM ingin menegaskan bahawa penglibatan itu amat mendukacitakan serta telah menimbulkan keresahan awam.

“Perlakuan songsang itu jelas bertentangan dengan nilai agama dan fitrah manusia selain bercanggah dengan perundangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri tidak akan berkompromi dengan apa-apa usaha untuk menormalisasikan perlakuan songsang itu.

Sebelum ini, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang individu dipercayai lekaki yang memakai pakaian wanita menyertai pertandingan itu yang mendapat kecaman netizen.

— BERNAMA