KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan operasi harian dalam sistem kewa
KUALA LUMPUR,. Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjalankan operasi harian dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM35.22 bilion daripada RM36.14 bilion sebelum ini, manakala mudah tunai dalam sistem Islam berkurangan kepada RM25.72 bilion daripada RM26.57 bilion.
Terdahulu, BNM menjalankan tender repo berbalik serta tender repo berbalik Islam melalui (perjanjian jual dan beli balik).
Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM35.20 bilion dan tender pasaran wang murabahah bernilai RM25.70 bilion, masing-masing bagi tempoh satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 28 Ogos, 2026.
— BERNAMA

