BUIH DI LEBUHRAYA KESAS DIPERCAYAI DARIPADA SISA SABUN – POLIS

HomeFeaturedJenayah

BUIH DI LEBUHRAYA KESAS DIPERCAYAI DARIPADA SISA SABUN – POLIS

SHAH ALAM,. Kemunculan buih di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur di sini hari ini dipercayai

Malaysia di landasan betul untuk capai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 – Anwar
Glasgow 2026: Muhamad Aznil rangkul emas ketiga berturut-turut, cipta tiga rekod temasya
Prospek hartanah 2026 positif, Akses pembiayaan perumahan yang lebih luas

SHAH ALAM,. Kemunculan buih di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur di sini hari ini dipercayai berpunca daripada sisa tumpahan sabun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata ia dipercayai tumpah dari sebuah lori pada 24 Ogos lepas di susur Kota Kemuning sebelum masuk ke Lebuhraya KESAS menghala ke Klang.

“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.

“Bagaimanapun, hujan lebat hari ini menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sarudin berkata susulan kejadian itu, pihak konsesi lebuh raya telah mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan kali kedua dan selesai pada 4.58 petang.

Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya KESAS hari ini.

— BERNAMA