NEW YORK,. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan bahawa Semenanjung Gaza terus berdepan darurat kema
NEW YORK,. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan bahawa Semenanjung Gaza terus berdepan darurat kemanusiaan dan kesihatan awam, hampir setahun selepas gencatan senjata, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Tedros berkata semasa menyertai sesi ke-81 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang sedang berlangsung di New York bahawa sistem kesihatan di Semenanjung Gaza kekal berdepan tekanan amat berat, manakala keperluan kemanusiaan dan kesihatan masih sangat besar.
Ketua Pengarah WHO itu menekankan keperluan untuk memastikan akses kemanusiaan yang pantas, berterusan dan tanpa sekatan ke Semenanjung Gaza.
Beliau berkata bekalan dan peralatan perubatan perlu dibenarkan sampai kepada mereka yang memerlukannya, di samping pemulihan kemudahan kesihatan, pengembalian laluan rujukan pesakit serta peluasan pemindahan perubatan.
— BERNAMA-WAFA

