PBB BERI AMARAN BEKALAN KEPERLUAN ASAS DI GAZA TIDAK MENCUKUPI

HomeFeaturedBerita Semasa

PBB BERI AMARAN BEKALAN KEPERLUAN ASAS DI GAZA TIDAK MENCUKUPI

RAMALLAH,. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa stok bekalan keperluan asas di Semenanjung Gaza tidak mencukupi berikutan keku

Rapid Bus laksana fasa akhir migrasi aplikasi Rapid On-Demand
Konflik Asia Barat: Kedutaan Malaysia di Doha nasihatkan rakyat Malaysia terus berwaspada
Malaysia, Kanada sepakat perkukuh hubungan ekonomi, teroka peluang baharu – PM Anwar

RAMALLAH,. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa stok bekalan keperluan asas di Semenanjung Gaza tidak mencukupi berikutan kekurangan dana serta sekatan berterusan yang menjejaskan keupayaan rakan kemanusiaan PBB menambah semula bekalan.

Jurucakap PBB Stéphane Dujarric berkata dalam taklimat media pada petang Rabu bahawa serangan udara Israel dan serangan lain terus menyasarkan kawasan berpenduduk, sekali gus membahayakan orang awam serta menyebabkan kerosakan harta benda, lapor agensi berita Palestin, WAFA.

Beliau berkata serangan udara Israel pada Selasa menyasarkan sebuah bangunan di kem pelarian Al-Bureij berhampiran Deir al-Balah yang menempatkan dua sekolah PBB dan digunakan sebagai pusat perlindungan sementara bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal, selain sebuah kedai roti yang disokong PBB.

Serangan itu menyebabkan kira-kira 100 keluarga kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Dujarric sekali lagi menegaskan keperluan menghormati orang awam dan objek awam pada setiap masa, termasuk pusat perlindungan serta kemudahan kemanusiaan.

— BERNAMA-WAFA