PENINGKATAN PARAS LAUT ANCAM LEBIH 250,000 HARTANAH TEPI PANTAI AUSTRALIA

HomeFeaturedBerita Semasa

PENINGKATAN PARAS LAUT ANCAM LEBIH 250,000 HARTANAH TEPI PANTAI AUSTRALIA

CANBERRA,. Lebih 250,000 rumah Australia dijangka terdedah pada kerosakan akibat banjir pantai menjelang 2100 akibat peningkatan paras laut, menurut s

Malaysia diiktiraf ekonomi digital paling pesat berkembang, sasar capai AS$39 bilion pada 2025
INDUSTRI KEJURUTERAAN DIINGATKAN SUPAYA TIDAK KOMPROMI SOAL KESELAMATAN – NANTA
Why you shouldn’t eat best store in bed

CANBERRA,. Lebih 250,000 rumah Australia dijangka terdedah pada kerosakan akibat banjir pantai menjelang 2100 akibat peningkatan paras laut, menurut satu laporan baharu.

Laporan yang dikeluarkan pada Khamis oleh NGO Majlis Iklim itu menganggarkan bahawa peningkatan paras laut dan lonjakan ribut akan menyebabkan ekonomi negara kerugian AUD$855 bilion (AS$617.3 bilion) pada abad ke-21.

Laporan itu mendapati banjir akan menyebabkan 267,000 hartanah pantai, dua juta hektar tanah dan infrastruktur kritikal di semua enam negeri dan Wilayah Utara berisiko rosak menjelang 2100, menyebabkan kerugian AUD$274.3 bilion (AS$198 bilion) harta benda dan AUD$580.7 bilion (AS$419.3 bilion) dalam kerosakan guna tanah.

“Inilah cara kenaikan paras laut memberikan impak, dengan meningkatkan kesan pusuan ribut dan banjir pantai yang melanda masyarakat dengan lebih keras dan lebih kerap,” kata Andrew Watkins, bekas ketua ramalan iklim di Biro Meteorologi dan pengarang bersama laporan itu, dalam satu kenyataan media.

“Sains menunjukkan bahawa paras laut paling ekstrem yang biasa kita lihat pada (setiap) tahun sekarang akan berlaku setiap bulan menjelang 2090. Itu terlalu kerap untuk mengelakkan kerosakan.”

Negeri timur laut Queensland mempunyai jumlah harta terbesar yang akan berisiko rosak iaitu sebanyak 93,157 manakala Australia Barat (WA) diramal mengalami kawasan tanah terjejas terbesar dan unjuran kerugian ekonomi tertinggi.

Laporan itu menganggarkan bahawa 34.6 peratus daripada semua tanah pertanian di WA akan menghadapi risiko kerosakan, menyebabkan kerugian ekonomi kumulatif AUD$230.5 bilion (AS$166.4 bilion) bagi negeri itu.

Watkins berkata pemimpin politik mesti bertindak lebih pantas untuk mengurangkan pencemaran iklim dan mempersiapkan komuniti pantai dengan lebih baik bagi menghadapi kenaikan paras laut yang pasti akan terjadi.

— BERNAMA-XINHUA