Malaysia, Bangladesh bakal mulakan rundingan FTA di Dhaka

HomeFeaturedBerita Semasa

Malaysia, Bangladesh bakal mulakan rundingan FTA di Dhaka

HYDERABAD,. Malaysia dan Bangladesh bersedia memulakan pusingan pertama rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) di Dhaka pada Selasa.Seramai

Laluan sekitar jalan U Thant ditutup sementara bermula Isnin ini – DBKL
AS-Israel serang fasiliti tenaga Iran di Isfahan, Khorramshahr
Remaja dimasukkan ke hospital selepas insiden tembakan di barat Sydney

HYDERABAD,. Malaysia dan Bangladesh bersedia memulakan pusingan pertama rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) di Dhaka pada Selasa.

Seramai 30 anggota Delegasi Malaysia kini berada di ibu negara Bangladesh itu bagi rundingan selama tiga hari, lapor media Bangladesh.

Bangladesh berhasrat meningkatkan hubungan ekonomi dengan rakan dagang utamanya ketika bersiap sedia untuk beralih keluar daripada status Negara Kurang Maju (LDC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan depan.

“Perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Malaysia amat penting untuk daya saing eksport Bangladesh memandangkan selepas beralih daripada status LDC, akses keutamaan pasaran antarabangsa akan terkesan,” kata Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bangladesh-Malaysia (BMCCI) Mohammad Anwar Shahid kepada Bernama pada Isnin.

Kedua-dua negara menyasarkan untuk memuktamadkan FTA berkenaan menjelang 2027.

Bangladesh merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Asia Selatan, dengan jumlah perdagangan pada 2025 bernilai RM12.18 bilion.

Malaysia mengeksport barangan bernilai kira-kira RM10 bilion ke Bangladesh tahun lepas, dengan produk petroleum membentuk eksport utama, manakala mengimport barangan Bangladesh bernilai RM2.1 bilion yang merangkumi barangan tekstil, pakaian dan kasut.

— BERNAMA