Gempa bumi 6.3 magnitud dikesan di laut jawa pada pagi ini – MetMalaysia

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi 6.3 magnitud dikesan di laut jawa pada pagi ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Laut Jawa, Indonesia, awal pagi ini, namun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada

Ismail Sabri masuk IJN, prosiding pendakwaan ditangguh ke 27 Ogos
Cadangan kesesuaian WFH akan diteliti, mungkin bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas – Fahmi
Perkhidmatan penerbangan Malaysia Airlines ke London, Paris beroperasi seperti dijadualkan

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Laut Jawa, Indonesia, awal pagi ini, namun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 8.2° selatan dan 107.2° timur, kira-kira 147 kilometer (km) di selatan Sukabumi, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 70km.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan agensi itu.

MetMalaysia turut memaklumkan akan terus memantau perkembangan kejadian berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perubahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti seismik melalui saluran rasmi MetMalaysia.

SUMBER; MetMalaysia