Gempa bumi 6.3 magnitud dikesan di laut jawa pada pagi ini – MetMalaysia

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi 6.3 magnitud dikesan di laut jawa pada pagi ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Laut Jawa, Indonesia, awal pagi ini, namun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada

727 pengamal media terima manfaat Tabung Kasih@HAWANA setakat ini – Fahmi
Thailand kata tiada bukti varian COVID-19 sedang menular cetus gejala lebih teruk
Majlis Media disaran adakan pertemuan dengan platform media sosial, bendung berita palsu

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan berlaku di Laut Jawa, Indonesia, awal pagi ini, namun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di media sosial memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 8.2° selatan dan 107.2° timur, kira-kira 147 kilometer (km) di selatan Sukabumi, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 70km.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan agensi itu.

MetMalaysia turut memaklumkan akan terus memantau perkembangan kejadian berkenaan dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perubahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berkaitan aktiviti seismik melalui saluran rasmi MetMalaysia.

SUMBER; MetMalaysia