PEMIMPIN BRICS TEKANKAN KEPERLUAN BURSA BIJIAN BERSAMA

HomeFeaturedBerita Semasa

PEMIMPIN BRICS TEKANKAN KEPERLUAN BURSA BIJIAN BERSAMA

NEW DELHI,. Pemimpin BRICS menekankan kepentingan meneruskan usaha berkaitan inisiatif mewujudkan bursa bijian bersama dalam blok itu, menurut kenyata

Program Jualan Rahmah MADANI intervensi berkesan bantu rakyat – Armizan
Malaysia risiko hilang akses pasaran AS hampir RM200 bilion tanpa perjanjian ART – Tengku Zafrul
Hakim Besar Malaya bersara wajib, tegaskan hakim wanita diberi layanan sama rata

NEW DELHI,. Pemimpin BRICS menekankan kepentingan meneruskan usaha berkaitan inisiatif mewujudkan bursa bijian bersama dalam blok itu, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Sabtu sempena sidang kemuncak di New Delhi, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami mengakui kepentingan untuk terus membangunkan inisiatif bagi mewujudkan platform perdagangan bijian dalam BRICS (Bursa Bijian BRICS) dan mengalu-alukan perbincangan lanjut mengenai kaedah pengoperasiannya serta pembangunan seterusnya, selain pengembangan platform itu kepada produk pertanian dan komoditi lain,” menurut dokumen itu.

Pemimpin berkenaan turut menyatakan peranan utama BRICS dalam pengeluaran makanan global dan menekankan keperluan memastikan keselamatan makanan serta mengurangkan kesan turun naik harga yang mendadak dan gangguan bekalan, termasuk kekurangan baja.

Sidang Kemuncak BRICS berlangsung di New Delhi pada 12 hingga 13 Sept.

— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI