DR SIVANAESAN PRESIDEN MMA BAHARU

HomeFeaturedBerita Semasa

DR SIVANAESAN PRESIDEN MMA BAHARU

IPOH,. Presiden Terpilih Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr L. Sivanaesan dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu menggantikan Datuk Dr R. T

Malaysia berpeluang raih manfaat daripada projek kuasa rentas sempadan – Fadillah
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan KL hingga 6 petang ini
Arab Saudi, UAE, Qatar sambut Aidilfitri Jumaat

IPOH,. Presiden Terpilih Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr L. Sivanaesan dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu menggantikan Datuk Dr R. Thirunavukarasu yang menamatkan penggalnya mulai hari ini.

Beliau pernah memegang jawatan Pengerusi MMA Selangor, Timbalan Setiausaha Kehormat MMA selama dua penggal serta Pengerusi Bahagian Pengamal Perubatan Swasta Kebangsaan.

Dalam ucapan pada majlis makan malam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) 2026 di sini malam ini, Dr Sivanaesan berkata mengekalkan doktor dalam sistem kesihatan awam menjadi keutamaannya ketika negara berdepan dengan peningkatan tuntutan perkhidmatan kesihatan dan keperluan tenaga kerja dalam sektor berkenaan.

“Untuk melatih seorang doktor mengambil masa bertahun-tahun dan memerlukan pelaburan yang besar.

“Apabila doktor berpengalaman meninggalkan sistem kesihatan awam, kita bukan sekadar kehilangan tenaga kerja, malah kehilangan petugas yang berpengalaman, kepakaran dan kesinambungan rawatan kepada pesakit,” katanya.

Dr Sivanaesan berkata untuk mengekalkan doktor tidak boleh ditangani hanya dengan menambah jumlah graduan perubatan, sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada kemajuan kerjaya, persekitaran kerja, pembangunan profesional serta prospek jangka panjang.

— BERNAMA