AICHI-NAGOYA 2026: SKUAD BADMINTON WANITA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BERPASUKAN

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

AICHI-NAGOYA 2026: SKUAD BADMINTON WANITA MARA KE SUKU AKHIR ACARA BERPASUKAN

AICHI,. Malaysia membuka kempen acara badminton berpasukan wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong, China pad

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
PRN Johor: MCA nafi surat senarai calon tular dalam media sosial
Pemilikan kenderaan Aurus Senat oleh Agong lambang persahabatan kukuh Malaysia-Rusia

AICHI,. Malaysia membuka kempen acara badminton berpasukan wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong, China pada pusingan pertama untuk menempah tiket ke suku akhir.

Pada aksi yang berlangsung di Dewan Sukan Bandaraya Ichinomiya itu, K. Letshanaa terlebih dahulu meletakkan Malaysia di depan selepas menundukkan Lo Sin Yan Happy 21-9, 21-16 dalam tempoh 34 minit dalam acara perseorangan pertama.

Gandingan Pearly Tan-M. Thinaah kemudian menggandakan kelebihan Malaysia apabila menewaskan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam 21-11, 21-17 dalam masa 39 minit sebelum Wong Ling Ching melengkapkan kemenangan dengan mengatasi Liang Ka Wing 21-17, 21-14 dalam aksi perseorangan kedua.

Menanti Malaysia di suku akhir adalah Korea Selatan yang mendapat bye pada pusingan pertama.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Negara Kenneth Jonassen menyifatkan persembahan anak buahnya sebagai kukuh, sambil memuji fokus, disiplin dan keazaman pemain meskipun turun sebagai pasukan pilihan.

“Pasukan mempamerkan prestasi yang sangat baik dan mantap hari ini. Tidak mudah untuk melakar kemenangan apabila kami diletakkan sebagai pilihan utama, namun hari ini para pemain mengekalkan keseimbangan yang baik antara fokus, disiplin dan tekad, iaitu elemen penting untuk mencapai kejayaan,” katanya selepas perlawanan di sini hari ini.

— BERNAMA