Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan

HomeFeaturedTeknologi Dan Inovasi

Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan

ISTANBUL,. Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan dibenarkan membawa telefon pintar terkini dalam misi akan datang

Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi ini
Suruhanjaya TVET dimuktamad akhir tahun ini – Ahmad Zahid
BANJIR NEPAL: POLIS KELUARKAN SENARAI NAMA INDIVIDU YANG HILANG

ISTANBUL,. Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan dibenarkan membawa telefon pintar terkini dalam misi akan datang ke Bulan, menurut Pentadbir agensi angkasa lepas itu Jared Isaacman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut Isaacman, angkasawan akan membawa telefon pintar bermula dengan misi Crew-12 pada Februari dan Artemis II pada Mac.

“Kami menyediakan kru kami dengan peralatan untuk merakam detik istimewa buat keluarga mereka serta berkongsi imej dan video yang memberi inspirasi kepada dunia,” katanya dalam satu hantaran di platform media sosial X.

Beliau berkata pasukan NASA mencabar “proses yang telah lama diamalkan” dan melayakkan perkakasan moden untuk penerbangan angkasa lepas mengikut “garis masa dipercepatkan”.

— BERNAMA