Anthony Loke Perjelas Hadiah Kepada Xi Jinping: Bukan Mewakili Kerajaan, Sekadar Tanda Peribadi

Anthony Loke Perjelas Hadiah Kepada Xi Jinping: Bukan Mewakili Kerajaan, Sekadar Tanda Peribadi

PUTRAJAYA, 23 April 2025 – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa ukiran naga yang diberikan kepada Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini adalah sumbangan secara peribadi, dan tidak membawa sebarang maksud mewakili kerajaan Malaysia.

Beliau berkata hadiah tersebut merupakan hasil seni tempatan keluaran Royal Selangor yang disampaikan kepada Presiden Xi menjelang tamat lawatan rasmi beliau ke Malaysia dari 15 hingga 17 April lalu.

“Saya tak kata ia hadiah kerajaan. Ia sekadar tanda penghargaan peribadi terhadap hubungan baik antara kita,” jelasnya dalam sidang media selepas majlis bulanan kementeriannya.

Isu ini turut mendapat perhatian susulan lokasi penyerahan cenderahati yang dilakukan berhampiran pintu belakang dan penggunaan simbol naga, namun Loke menjelaskan ia berkait dengan keperluan keselamatan dan budaya Cina yang menganggap naga sebagai lambang kekuatan dan kebijaksanaan.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )