Arab Saudi lancar visa umrah bagi kemasukan berulang kali

HomeFeaturedBerita Semasa

Arab Saudi lancar visa umrah bagi kemasukan berulang kali

MAKKAH,. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan visa umrah bagi kemasukan berulang kali yang sah selama 365 hari dari tarikh dikeluarkan me

Gempa bumi 7.7 skala Richter gegar timur laut Jepun, tsunami setinggi 80 cm direkodkan di pantai Pasifik
ANWAR TIBA DI MALDIVES BAGI LAWATAN RASMI DUA HARI
Terokai Almaty dan Tashkent dengan penerbangan terus AirAsia X

MAKKAH,. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan visa umrah bagi kemasukan berulang kali yang sah selama 365 hari dari tarikh dikeluarkan membolehkan pemegang visa memasuki negara itu beberapa kali dengan tempoh keseluruhan penginapan sehingga 90 hari, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Langkah itu selaras dengan matlamat Visi 2030 Arab Saudi dan Program Pengalaman Jemaah untuk memudahkan ketibaan jemaah, memperkaya pengalaman ibadah serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

Setiap lawatan memerlukan pembelian pakej perkhidmatan daripada penyedia yang diluluskan melalui platform Nusuk, dengan tempoh pakej tidak boleh melebihi jumlah hari yang masih berbaki dalam tempoh sah visa. Kemasukan juga tertakluk kepada pengeluaran permit umrah melalui aplikasi Nusuk sebelum ketibaan.

Visa berkenaan akan dinyahaktifkan selepas setiap keberangkatan dan diaktifkan semula selepas syarat kawal selia bagi lawatan seterusnya dipenuhi. Visa itu tidak akan diaktifkan sepanjang musim haji, bermula dari 1 Zulkaedah hingga 13 Zulhijah.

Menurut kementerian itu, visa berkenaan memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam merancang lawatan serta menyokong penyepaduan perkhidmatan digital dan operasi sepanjang perjalanan jemaah.

SUMBER;

–BERNAMA-SPA